Bantahan dan penjelasan Wikipedia:Pandangan_berkecuali

Yang berikut ialah senarai bantahan-bantahan yang biasa, ataupun soalan-soalan mengenai polisi nyah berat sebelah Wikipedia, diikuti dengan jawapan-jawapannya.

Tiadanya perkara seperti keojektifan

Bantahan yang biasa ini membayangkan salah faham tentang polisi berkecuali. NPOV tidak mengatakan bahawa terdapatnya keobjektifan yang mutlak. Gagasan di belakang NPOV bukannya untuk mencapai keobjektifan yang unggul tetapi sewaktu keadaan berat sebelah dapat dikesan, ia juga dapat dihapuskan.

Pseudosains

Bagaimanakah kita dapat menulis rencana mengenai topik-topik sains pseudo yang tidak dapat diterima oleh kebanyakan pendapat sains?

Jika kita hendak menyampaikan jumlah pengetahuan manusia, kita mesti mengaku bahawa kita harus menggambarkan pandangan-pandangan yang bertentangan dengan sudut pandangan kita tanpa menegaskan bahawa pandangan-pandangan itu adalah salah. Bagaimanapun, hal sebenarnya tidak sebegitu buruk daripada kelihatannya. Tugas kita bukannya untuk memerikan pertikaian seakan-akan, umpamanya pseudosains setanding dengan sains; sebaliknya, tugas kita ialah untuk 'menyampaikan pandangan (sains) majoriti sebagai pandangan majoriti dan pandangan (kekadangnya pseudosains) minoriti sebagai pandangan minoriti; dan untuk menjelaskan bagaimana ahli-ahli sains menerima teori-teori pseudosains itu. Kesemua ini adalah di dalam lingkungan tugas menyampaikan pertikaian dengan adil.

Pseudosains boleh diperlihatkan sebagai fenomena sosial dan oleh itu, adalah penting. Bagaimanapun, pseudosains harus tidak mengelirukan penyampaian pandangan-pandangan utama, dan mana-mana satu sebutan harus berkadar dengan bahagian-bahagian rencana yang lain.

Terdapat sebilangan kecil ahli-ahli Wikipedia yang berasa amat kuat tentang masalah ini dan mempercayai bahawa Wikipedia harus mengamalkan "sudut pandangan sains" berbanding "sudut pandangan berkecuali". Bagaimanapun, masih belum dibuktikan bahawa polisi sebegitu diperlukan, memandangkan bahawa sudut pandangan ahli-ahli sains terhadap pseudosains dapat dijelaskan dengan terang, lengkap, dan adil kepada orang yang percaya tentang pseudosains.

Agama

Polisi NPOV biasanya menyampaikan sudut pandangan yang berbilang. Ini bermakna bukan sahaja sudut pandangan kelompok-kelompok yang berbeza-beza pada hari ini disampaikan, tetapi juga sudut pandangan kelompok-kelompok pada masa yang lalu.

Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia. Salah satu daripada tugas penting ensiklopedia ialah penerangan perkara. Bagi kes kepercayaan dan amalan manusia, penerangan merangkumi bukan sahaja apa yang mendorongkan individu-individu untuk memegang sesuatu kepercayaan dan amalan, tetapi juga tentang bagaimana kepercayaan dan amalan itu mewujud serta mengambil bentuk. Rencana-rencana Wikipedia mengenai sejarah dan agama mendapat bahan-bahannya daripada teks suci keagamaan. Tetapi rencana-rencana itu juga mendapat bahan-bahannya daripada sumber-sumber arkeologi, sejarah, dan sains moden.

Ramai penganut agama akan membantahkan pengolahan sejarah yang kritis terhadap kepercayaan mereka, dan mendakwa bahawa ia mendiskriminasikan kepercayaan agama mereka. Mereka cenderung kepada pemerian kepercayaan mereka dalam rencana sebagaimana mereka memperlihatkannya. Biasanya kecenderungan mereka adalah dari sudut pandangan nyah sejarah (umpamanya, cara kini ialah cara yang memang selalu macam ini; mana-mana satu perbezaan adalah daripada taifah-taifah yang mempunyai fahaman yang menyeleweng, dan tidak mewakili agama yang sebenarnya.) Sudut pandangan mereka harus disebutkan, tetapi perhatikanlah bahawa penyangkalan masih tidak wujud.

Polisi NPOV bermaksud bahawa kita mengatakannya seperti berikut: Banyak penganut kepercayaan ini mempercayai bahawa X yang mereka percaya ialah sesuatu yang penganut-penganut kepercayaan ini memang selalu mempercayai; bagaimanapun, disebabkan penerimaan beberapa dapatan (nyatakan dapatan itu) oleh ahli-ahli sejarah serta ahli-ahli arkeologi moden, penganut-penganut lain (nyatakan siapa) untuk kepercayaan ini kini mempercayai Z.

Catatan mustahak mengenai penggunaan istilah "fundamentalisme": Sila lihat rencana mengenai fundamentalisme untuk takrif teknikal istilah ini. Perkara ini sentiasa digunakan dalam rencana-rencana mengenai agama, tetapi harus cuma digunakan dalam salah satu daripada erti kata teknikalnya. Kita harus berhati-hati menjelaskan apa yang kami bermaksud dengan istilah ini supaya mengelakkan: (a) menyinggung perasaan orang lain tanpa keperluan, dan (b) mengelirukan pembaca-pembaca (kebanyakan orang tidak sedar bagaimana perkataan ini harus digunakan). Kita harus tidak menggunakan istilah ini sebagai ungkapan pejoratif, dan harus ingat bahawa ia bukan sinonim untuk "tentangan terhadap sains" ataupun untuk "kepercayaan yang sudah berakar umbi". Ia juga tidak harus digunakan untuk merujuk kepada konservatisme agama ataupun politik jika ini tidak selaras dengan erti kata teknikal untuk perkataan itu. Oleh sebab agama merupakan topik yang sering menimbulkan perbalahan, bersedia untuk melihat sebilangan rencana-rencana itu disunting disebabkan oleh apa yang pada kelihatannya merupakan pertengkaran yang kecil.

Sudut pandangan yang menyakitkan hati dari segi moral

Bagaimanakah tentang sudut-sudut pandangan yang menyakitkan hati kebanyakan orang Melayu dari segi moral, umpamanya rasisme, seksisme dan penafian kebaikan kesan Dasar Ekonomi Baru yang benar-benar dipegang oleh sebilangan orang? Tentu kita tidak dapat berkecuali tentang hal-hal ini?

Kita dapat memeliharakan sokongan yang sihat dan tekal terhadap sudut pandangan berkecuali melalui perkaitan pandangan-pandangan yang penuh emosi itu dengan wakil-wakilnya yang terkenal ataupun kepada segolongan orang. Mereka yang memendam sikap rasisme, seksisme, dan lain-lain, tidak akan diyakinkan menukarkan sudut pandangan mereka berdasarkan rencana-rencana yang berat sebelah. Ia cuma menyebabkan mereka bersikap mempertahankan diri. Sebaliknya, jika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menggunakan polisi nyah berat sebelah dengan tekal, kita mungkin dapat memberikan mereka, yang kita menganggap memegang kepercayaan yang bertentangan dengan kita dari segi moral, sesuatu wawasan yang mungkin dapat menukarkan sudut-sudut pandangan mereka.

Pemberian "kesahan yang sama"

Tunggu sebentar! Saya berpendapat bahawa sikap yang optimistik terhadap sains lawan sains pseudo tidak berasas. Sejarah telah mempertunjukkan bahawa sains pseudo dapat menewaskan fakta-fakta kerana mereka yang bergantung kepada sains pseudo menggunakan kebohongan, fitnah, sindiran dan bilangan majoriti pengikutnya untuk memaksakan pandangan mereka kepada sesiapa sahaja yang mereka boleh dapat. Jika projek ini memberikan kesahan yang sama kepada mereka yang benar-benar mendakwa bahawa Bumi adalah datar, atau mereka yang mendakwa bahawa Holokus tidak pernah terjadi, akibatnya adalah ia akan (tanpa sengaja) mengesahkan dan membantu mempromosikan apa yang cuma boleh diistilahkan sebagai jahat.

Sila pastikan bahawa satu perkara adalah jelas bagi anda: polisi keberkecualian Wikipedia pasti tidak menyatakan, ataupun membayangkan, bahawa kita harus memberikan "kesahan yang sama" kepada pandangan-pandangan kelompok minoriti. Ia tentu menyatakan bahawa kita harus tidak memihak mana-mana satu pandangan sebagai penulis ensiklopedia; tetapi ini tidak menghalangkan kita daripada:

  • memerikan pandangan-pandangan majoriti sebagai pandangan majoriti;
  • menerangkan, dengan adil, alasan-alasan yang kukuh untuk menentangi teori sains pseudo; dan
  • menyampaikan rasa-rasa meluat yang dialami oleh ramai orang terhadap pandangan-pandangan itu; dan sebagainya.

Sila lihat ilustrasi lucu tentang persoalan "kesahan yang sama".

Tumpuan Melayu atau Anglo-Amerika

Wikipedia nampaknya mempunyai tumpuan Melayu, atau tak pun tumpuan Anglo-Amerika. Adakah ini menyangkal sudut pandangan berkecuali?

Ya, khususnya sewaktu mengolahkan rencana yang memerlukan sudut pandang antarabangsa. Kewujudan rencana-rencana yang ditulis dan diterjemahkan ke dalam Wikipedia bahasa Melayu dari sudut pandangan Amerika Syarikat dan Britain cuma membayangkan fakta bahawa terdapatnya ramai rakyat Amerika Syarikat dan Britain yang mengerjakan projek ini, dan sesetengah penyumbang Wikipedia bahasa Melayu pula menerjemah rencana bulat-bulat daripada bahasa Inggeris tanpa mengambil-kira pembetulan tumpuannya. Bagi rencana yang diusahakan sendiri secara tempatan pula, ada kemungkinan bahawa mereka mempunyai tumpuan Melayu berlebihan kerana ini merupakan Wikipedia bahasa Melayu. Akan tetapi, Wikipedia ini turut mendukung sudut pandangan antarabangsa dan sebarang kepincangan daripada arah itu bolehlah ditujukkan dengan niat baik untuk timbang-tara. Masalah tumpuan ini tidak tartakluk kepada Wikipedia bahasa Melayu sahaja, malah juga yang lain mengikut budaya, seperti Wikipedia bahasa Perancis juga mempunyai tumpuan berat sebelah bangsa Perancis, dan Wikipedia bahasa Cina mempunyai tumpuan berat sebelah bangsa Cina.

Ketidakberkecualian sebagai alasan untuk penghapusan

Polisi keberkecualian kekadangnya dipergunakan sebagai alasan untuk memadamkan teks yang diperlihatkan sebagai berat sebelah. Adakah ini merupakan masalah?

Dalam banyak kes, ya. Ramai daripada kami mempercayai fakta bahawa sebahagian teks adalah berat sebelah tidaklah mencukupi sebagai alasan untuk memadamkannya dengan serta-merta. Jika bahagian teks itu mengandungi maklumat yang sah, teks itu harus disunting dengan sewajarnya.

Kekadangnya terdapat masalah untuk menentukan adakah beberapa dakwaan itu adalah betul (ataupun berguna) atau tidak, khususnya jika tidak terdapatnya ramai orang yang mengetahui tentang topik itu. Dalam kes tersebut, adalah gagasan baik untuk kita mengemukakan bantahan-bantahannya dalam halaman perbualan; jika terdapatnya alasan untuk mempercayai bahawa penulis bahan-bahan yang berat sebelah tidak dapat dipujuk untuk menukarkannya, kami kekadang mengalihkan teks itu ke halaman perbualan (tetapi kita tidak memadamkannya secara seluruh). Bagaimanapun, tindakan ini harus diambil cuma sebagai tindakan terakhir, bukannya sebagai cara untuk menghukum orang yang menulisnya.

Menghadapi penyumbang-penyumbang yang berat sebelah

Saya bersetuju dengan polisi nyah berat sebelah tetapi terdapatnya beberapa orang di sini yang kelihatannya mempunyai sikap berat sebelah yang tidak dapat dibetulkan. Saya harus selalu memperbaiki rencana-rencana mereka. Apakah yang saya harus buat?

Kecuali kes-kes itu benar-benar tidak dapat dibetulkan, mungkinnya cara yang terbaik ialah untk anda menarik perhatian khalayak ramai kepada masalah itu serta mengemukakan nama pelaku-pelaku halaman itu (dengan cara yang sopan — seseorang akan mendapat lebih serangga dengan madu berbanding cuka), dan meminta pertolongan. Sila lihat Penyelesaian pertikaian untuk gagasan-gagasan yang lebih banyak.

Harus terdapatnya satu tahap yang mana minat terhadap satu projek yang benar-benar terbuka dan yang didorong oleh minat kebanyakan penulis akan menyebabkan kita dapat membuat kerja tanpa sentiasa memerlukan pembetulan gangguan oleh orang-orang yang tidak menghormati polisi kita ini.

Pengelakan pertikaian yang tidak putus-putus

Bagaimanakah kita dapat mengelakkan perang yang berterusan serta tidak habis-habis terhadap persoalan keberkecualian?

Cara yang terbaik untuk mengelakkan perang terhadap berat sebelah adalah dengan mengingati bahawa kebanyakan dari kita ini adalah agak cerdas dan dapat menyatakan sesuatu perkara itu dengan jelas. Jika tidak, kita tidak akan mengerjakan projek ini dan mengambil berat tentangnya. Kita harus menjadikan maklumat yang kita ada untuk saling memahami akan sudut pandang antara satu sama lain dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa sudut-sudut pandangan yang lain disampaikan dengan adil.

Sewaktu pertikaian tertimbul terhadap apakah sesuatu rencana harus menyatakan, ataupun apakah yang benar, kita harus tidak mengambil pendirian berkelahi; kita harus bersungguh-sungguh menilai sejenak dan menanyakan diri, "Bagaimanakah pertikaian ini dapat disifatkan dengan adil?" Ini harus ditanyakan berulang kali sewaktu setiap perkara baru yang menyebabkan pertikaian tertimbul. Adalah bukan tugas kita untuk menyunting Wikipedia supaya membayangkan sudut pandangan kita sendiri dan kemudiannya mempertahankan suntingan itu daripada pengguna-pengguna yang lain; sebaliknya, ia bukan sahaja tugas kita untuk bekerjasama melalui penambahan ataupun pembaikan kandungan, tetapi juga, jika perlu, untuk bertolak ansur tentang bagaimana sesuatu perbalahan harus diperikan supaya dapat mencapai keadilan bagi semua pihak.

Adalah baik untuk kita menggunakan sumber petikan dan sumber yang boleh dipercayai pada setiap kali kita menyunting sesuatu penyataan, ayat di Wikipedia. Sumber-sumber sebegini pada hakikatnya adalah sihat, dan mampu kepercayaan setiap pihak yang membacanya. Pada misal yang lain, sekiranya kita membina suatu penyataan berkenaan politik atau dua pihak yang berkelahi, kita seharusnya perlu merujuk sumber yang menjadi pegangan oleh kedua-dua pihak tersebut secara seimbang. Ya, dengan ini, penyataan kita boleh menjadi lebih bersifat adil dan berkecuali. Namun ada kalanya menggunakan kaedah ini tak semestinya betul-betul seimbang, jadi alternatif lain kita harus menggunakan sumber ketiga. Contoh sumber ketiga adalah pihak perantara seperti sumber yang hadir dari badan organisasi bukan kerajaan dan bukan berasaskan keuntungan, sumber akademik tegar, sumber kajian dan penyiasatan yang bebas, integriti, tersah dan boleh dipercayai.

Membuat anggapan yang perlu

Bagaimana dengan kes yang kita harus membuat anggapan yang mungkin akan menimbulkan perbalahan, umpamanya sewaktu menulis sebuah siri rencana mengenai perkara am? Itulah keadaan, umpamanya sewaktu menulis tentang evolusi. Tak kan kita diperlukan mengemukakan perdebatan evolusi lawan kreasionisme pada setiap halaman itu?

Hampir-hampir tidak terdapatnya topik-topik yang dapat ditulis tanpa membuat sesuatu anggapan yang mana tiada seorang pun yang mendapati ia tidak menimbulkan perbalahan. Ini adalah benar bukan sahaja untuk biologi evolusi, tetapi juga untuk falsafah, sejarah, fizik, dan lain-lain.

Memang susahnya hendak merumuskan prinsip-prinsip am untuk memutuskan kes-kes yang tertentu, tetapi yang berikut mungkin dapat membantu: mungkin tidak terdapatnya alasan yang baik untuk membincangkan anggapan-anggapan tertentu dalam sesuatu halaman, jika anggapan-anggapan itu dapat dibincangkan dengan lebih mendalam dalam halaman yang lain. Bagaimanapun, pemasukan petua yang singkat dan tidak menonjol mungkin sesuai. Umpamanya, dalam sesuatu rencana mengenai perkembangan evolusi kuda, kita mungkin boleh menulis satu ayat singkat yang mengatakan bahawa sebilangan penyokong kreasionisme tidak percaya bahawa kuda (ataupun binatang yang lain) dicipta melalui evolusi, dan kemudian menunjuki pembaca-pembaca terhadap rencana yang berkaitan. Jika terdapatnya pertikaian yang hebat tentang beberapa perkara yang tertentu, perkara-perkara itu mungkin harus dialihkan kepada halaman yang tersendiri.

Menulis untuk POV "musuh"

Saya tidak yakin terhadap apa yang anda mengatakan tentang "menulis untuk musuh". Saya tidak mahu menulis untuk musuh. Kebanyakan mereka menyalahgambarkan banyak perkara yang boleh dibukti salah sebagai fakta. Adakah anda mengatakan bahawa untuk menulis rencana yang mempunyai sudut pandangan berkecuali, saya mesti membohong agar mewakili sesuatu pandangan yang saya tidak bersetuju?

Ini merupakan salah faham tentang apa yang dinyatakan oleh polisi sudut pandangan berkecuali. Anda tidak mendakwa apa-apa kecuali mengatakan, "Orang ini menyatakan bahawa ____________, dan oleh itu, ___________." Ini dapat dibuat dengan penuh kejujuran, tanpa rasa bersalah dari segi moral, kerana anda menyatakan bahawa dakwaan itu dinyatakan oleh orang lain. Adalah berbaloi untuk memerhatikan bahawa walaupun cendekiawan-cendekiawan cuba membuktikan sesuatu perkara, mereka telah dilatih untuk mengemukakan alasan-alasan bagi sudut pandangan yang bertentangan supaya dapat menerangkan mengapa alasan-alasan itu gagal.

Ini boleh menjadi sesuatu perkara yang amat sensitif, dan ramai orang betul boleh gagal untuk melihat kejadian berat sebelah yang wujud dalam istilah yang popular, khususnya jika istilah itu merupakan istilah yang amat biasa digunakan. Tetapi ia pasti tidak mengambil masa yang banyak untuk menyedari bahawa Wikipedia ialah sebuah projek antarabangsa, dan penyunting-penyuntingnya membayangkan banyak sudut pandangan yang berbeza-beza. Adalah mustahak untuk memperhatikan bahawa tahap keobjektifan ini adalah agak baru bagi kebanyakan orang, dan pertikaian-pertikaian mengenai istilah-istilah yang betul mungkin bergantung kepada keseimbangan sudut-sudut pandangan.

Bantahan lain

Saya mempunyai beberapa bantahan yang lain. Di manakah saya harus bertanya?

Sebelum anda bertanya, sila tinjau pautan-pautan di bawah. Banyak soalan tentang polisi keberkecualian pernah ditanya dahulu dan dijawab dengan perinci. Jika anda mempunyai sumbangan yang baru untuk perdebatan itu, anda boleh mencuba Perbualan:Sudut pandangan berkecuali, atau mengemukakannya di Senarai mel Wikipedia-l.

Rujukan

WikiPedia: Wikipedia:Pandangan_berkecuali http://absoluteshakespeare.com/william_shakespeare... http://www2.localaccess.com/marlowe/pamphlet/pamph... http://nupedia.8media.org/policy.shtml#nonbias http://web.archive.org/web/20010416035757/http://w... http://www.cjr.org/issues/2004/6/mooney-science.as... http://www.idrewthis.org/2004/bothsides.html http://meta.wikimedia.org/wiki/Neutral_point_of_vi... http://en.wikipedia.org/wiki/Adolf_Hitler http://en.wikipedia.org/wiki/User:Jimbo_Wales http://en.wikipedia.org/wiki/User:Karada